:0

:0

Sunday, July 1, 2012

MianHaeyo ♥♥

Kau mengenaLi aku

Kau menganggap ku sebagai cabaran utk dirimu

Utk mendapat phatian dari ku

Aku gadis jauh tsasar

Mahu perhatian dari setiap mata memandang

Ternyata ku tertarik dengan sikap mu

Melayari kehidupan penuh n0da,d0sa




Tuhan masih sayangkan aku ,

Buka mata ku melihat sisa-sisa dunia akhir zaman

Membuat ku membuang segala yg ku impikan

Segala yg membuatkan ku mendapat perhatian

Menutup yg selama ini terbuka

Berpatah balik ke dunia sebenar

Dunia sementara di tinggalkan

Akhirat jua akan ku kejar

Ku membuang segala termas0k kamu

Ternyata kau tegar bersama ku




Mend0r0ngku ketika ku putus asa

Menemanku ketika ku memerLukan

Menarikku ketika ku terjatoh

Mengingatkan aku ketika ku terLupa

Mengajarku ketika ku kebingungan

Memberi senyuman di hari-hari ku

Segala kata tomahan ku jadikan kata-kata semangat

Membuat ku bergantong sepenuhnya kepada dirimu

Peribadi mu membuatku mengenggam dirimu tanpa memikirkan dirimu




Aku penghalang kebahagiaanmu

Kini ku bangkit tanpa mu

Melakukan segalanya sendiri

Aku tidak layak menjaga diri mu

Selepas mengetahui siapa aku di mata mu

Lelaki yg baik hanya utk wanita baik

Nama mu segar di bibirku dalam setiap untaian doa ku

Semoga allah menempatkan kamu di kalangan-kalangan org beriman

Kau menjadikan aku wanita di segani sekelip mata

Sampai ke syurga doa ku bersama mu :)



Kuatlah wahai hati. . . . . . . . . . . .




Saturday, June 30, 2012

" Cinta Kerana ALLah Azza Wa JaLLa "

Tahukah engkau Ukhti..Mengapa hatimu Allah Azza Wa Jalla ciptakan jauh di dalam dadamu..?..Itu kerana,Allah Azza Wa Jalla ingin agar kamu menjaganya dan tidak membiarkannya orang yang Belum Halal Menyentuhnya...
Tahukah engkau Ukhti..mengapa ada air yang keluar dari matamu tiap kamu bersedih? Itu kerana,Akan ada seseorang kelak yang jika melihat kamu menangis,Ia akan menghapusnya dan menggantikannya dengan senyuman...
Tahukah engkau Ukhti..mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan ruang diantara sela-sela jarimu..?..Itu kerana,Suatu saat Allah Azza Wa Jalla akan mengirimkan seseorang untuk memenuhi ruang kosong itu dengan menggenggam ruang tanganmu dan membawamu melangkah bersama menuju cinta-NYA...
Duhai Ukhti..Selama dalam penantian,Bersabarlah..Selama dalam kesendirian,Tersenyumlah.. Kerana,Allah Azza Wa Jalla telah mempersiapkan yang terbaik untukku,untukmu,dan untuk kita.. Ingatlah,pesanku ini..Orang yang saat ini kita cintai belum tentu akan menjadi suami kita nantinya..Tapi,Siapapun orang yang telah menjadi suami kita nantinya harus benar-benar kita cintai..
Kerana Pernikahanlah,hal yang sebelumnya haram menjadi halal bahkan wajib...Yang sebelumnya berdosa menjadi berpahala... Dan yang sebelumnya dilarang telah diizinkan,bahkan diiringi dengan untaian doa... Mari berAzzam,agar cinta ini hanya kita persembahkan HaNyA kepada Seorang Lelaki yang berkata,''Bidadariku,kupinang Engkau dengan Bismillah..''

Pintu Taubat Masih Terbuka :)

Manusia adalah bersifat lemah dan sering terjebak dalam dosa. Kita sering lupa dan lalai dalam dalam meniti kehidupan di dunia ini sehinggakan banyak melakukan kesalahan dan maksiat. Manusia yang sempurna bukanlah bermaksud dia tidak pernah melakukan kesalahan. Ini dijelaskan oleh Nabi saw, الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ Yang bermaksud, manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.
Manusia tidak bersifat maksum (terpilihara daripada melakukan dosa) kecuali para nabi. Cuma apa yang kita harapkan dengan bertaubat, Allah akan memelihara kita daripada terus menerus melakukan maksiat dan mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan. Ada yang beranggapan apabila telah banyak melakukan dosa dan maksiat maka tiada ruang untuk dirinya mendekatkan diri kepada Allah. Anggapan sebegini adalah salah. Firman Allah (s.w.t.), قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ. Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih[1]. Ayat ini di turunkan kepada Wahsyi iaitu orang yang telah membunuh Saidina Hamzah ra bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan daripada Abu Hanifah r.a dengan sanad Ibnu Abbas r.a: Selepas beberapa lama peristiwa pembunuhan Saidina Hamzah, maka berdetik hati Wahsyi untuk memeluk Islam. Beliau pun mengutuskan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya itu kepada Rasulullah S.A.W. dan bertanyakan tentang firman Allah, وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلـٰهًا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُـلُونَ النَّفْسَ الَّتِى حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ، وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا. يُضَـٰعَفْ لَهُ العَذَابُ يَوْمَ القِيَـٰمَةِ وَيَخْـلُذْ فِيهِ مُهَانًا. Yang bermaksud, Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, [2] Berkata Wahsyi: Sesungguhnya aku telah melakukkan semua perkara yang dinyatakan dalam ayat tersebut, adakah bagiku kelonggaran untuk diampunkan segala perbuatanku? Maka disampaikan kepada Rasulullah lalu turun Jibril a.s dan berkata: Wahai Muhammad! Katakanlah kepadanya, إِلاَّ مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَـٰلِحًا فَأُوْلَـٰئِكَ يُبْدَلُ اللهُ سَيِّـئَاتِهِمْ حَسَنَـٰتٍ، وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا. Yang bermaksud, Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[3]
Maka Rasulullah S.A.W mengutuskan utusan kepada Wahsyi untuk menyampaikan ayat al-Quran tersebut. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Di dalam ayat ini terdapatnya syarat. Aku takut tidak dapat melaksanakannya dan aku tidak mampu mengerjakan amal soleh. Wahai Muhammad, adakah yang lebih ringan dari ini? Lalu turun Jibril as dengan ayat, إِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ، Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan Syari'atNya)…[4] Maka Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat di atas. Bila dibacakan ayat tersebut, Wahsyi berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Aku tidak tahu adakah aku termasuk dalam orang yang dikehendakiNya untuk diampunkan dosa-dosaku ini? Kalaulah boleh ayat ini hanya menyebut “dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu” tanpa menyebut “bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Adakah kelonggaran lagi dari ini untukku? Maka turun Jibril as dengan ayat, قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ. Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Lalu Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat ini. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Jika inilah jawapannya maka tenanglah hatiku dan aku menyatakan keislamanku. Dalam ayat ini, Allah masih lagi memanggil orang yang melakukan maksiat sebagai “hamba-hamba-Ku”, satu kedudukan yang mulia di sisiNya. Justeru, marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan bertaubat dan janganlah berputus asa daripada rahmatNya untuk kembali memperbaiki diri sekalipun menggunung maksiat dilakukan sebelum kita dijemput menemui Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

my Dream [ Korea ]

SaLam , aku meminati Korea dari duLu , insyaLLah kalau ade rezeki,aku akan dapat jejak kaki di bumi Winter sonaTa tuhh , hikhikkk , jum tg0k tempat menarik kat sinunnn ;p
Tanteknyaaaa , tg0daa aku hehehehe ,ada jodoh ada Laa , insyaLLah :)

Saturday, May 14, 2011

girLfie !

mereka sgt istimewa =]